Monday, 23 July 2018

Tips Untuk Yang Baru Nak Berjinak Dgn GYM

Hai, korang... meh sini baca ni.. info free ni taw..hehe..ok,mkcik tulis untuk budak2 yang baru nak buat langkah pertama untuk memperbaiki diri dorang. Mkcik akan sehabis jujur dan takkan tipu,benda ni bukan mcm kita pegi jalan2 kat taman,bukan macam korang pegi beli lampu pastu balik pasang kat rumah,bukan. Korang kena bkerja keras dan berkorban untuk apa yang korang nak,iaitu WORKOUT. Disini mkcik tak dapat apa2 pon dengan menaip panjang lebar macam ni,tp mkcik nak share dengan korang yang ada keinginan dan kemahuan,TETAPI tak tahu dimana nak bermula. Lebih banyak masa dan duit korang spend kat benda ni,lebih cepat hasilnya. Ya,korang perlukan duit,untuk MAKANAN,KEAHLIAN GYM dan SUPPLEMENT. Its expensive,life is expensive. Kalau korang nak kereta yang cantik dan bagus korang mesti kena kluarkan duit lebih sikit kan? Cuba fikir keta apa korang akan dapat dengan RM1500 vs RM15000 vs RM150000? FAHAM?
1. PERGI GYM - Kpd sape2 yg tanya mkcik korang nak workout kat rumah (HOME WORKOUT), jawapannya adalah TIDAK SAMA SEKALI. Mkcik takkan buat cerita apa yg mkcik tak buat. Kalau korang nak beli brg gym 2nd hand dan workout kat rumah boleh,sbb korang rasa mcm senang klau workout kat rumah,so korang boleh rasa relax,dari relax korang akan tangguh,dari harini jadi esok,pastu lusa,pastu minggu depan. Sebab tu la ramai yg jual alat2 workout dorang sbb dorang tak sentuh pon kat rumah.
Jadi ahli kat gym adalah sgt bagus,pergi cari gym dan cuba yg mana satu korang suka. Cuba pergi hujung minggu dan elakkan masa yg sibuk (4ptg-7ptg) sbb masa ni gym sesak. Bila korang pegi time xde org korang bleh guna smua barang tanpa tunggu giliran.
Pakai pakaian yg sesuai utk gym. Takkan korang nak pergi menyelam pakai suar track? Takkan korang nak pergi naik moto pakai baju menyelam? hahaha.. Jadi,pergi beli baju gym dan kasut yg sesuai. Mkcik rasa korang faham sendiri dan mkcik xyah terang panjang2.

2. JANGAN PUTUS ASA - Apa2 pon kalau korang buat dan koarng putus asa,bukan kata gym je,apa2,korang takkan berjaya. Korang akan berjaya jika orang tak putus asa. Mkcik slalu dengar org cakap "Aku nak start gym balik",pkataan "balik" tu menunjukkan korang stop dan putus asa. Segala duit dan masa berminggu-minggu,klau korang putus asa,membazir je. So,apa-apa saja korang buat,just jgn putus asa.

3. BUAT UTK DIRI SENDIRI - Apa2 pon motavasi korang,ia sepatutnya utk diri korang sendiri,bukan utk dpat abang SADO.Rupa akan membawa korang ke situ tapi personaliti yg akan buat korang kekal kat situ. "LOOKS WILL GET YOU THERE BUT PERSONALITY KEEPS YOU THERE". So kalau korang just buat utk korang nampak hebat korang akan menarik perhatian 2 yg tak betul haha. Apa-apa pun,korang buat sbb korang nak memperbaiki diri korang.

4. SATU BENDA SATU MASA - Ini tentang perkembangan diri korang, sama ada korang kurus atau gemok, korang perlu mula. Korang perlu merangkak sebelum korang berjalan., jadi korang kena mula setapak demi setapak. Korang tak boleh pergi gym trus nak ankat 100kg. Bagi biasa dulu dengan mesin dan barang2 gym. Korang tak perlu tambah byk2 berat mula2.So korang set dulu then bila dah biasa baru korang tambah minggu ke minggu
Dan lagi satu sgt penting korang panaskan badan. Ini akan membantu korang mengelakkan kecederaan. Tak kisah lah kalau korang baru nak mula ataupon korang dah 5 tahun workout,korang masih kena warmup,professional pon warmup dulu. Amik 5-10 minit utk panaskan badan,regangkan badan sebelum main besi. dan bila korang workout pon tak boleh start trus berat,main ringan dulu.

5. REHAT - Tidur awal kalau boleh. Masa ni la badan dan otot korang akan membesar. Korang bukan membesar masa korang workout. Jadi tidur nyenyak 6-8jam kalau boleh. Bangun awal supaya korang ada masa utk makan byk kali. Naps (tidur sekejap) pon boleh membantu korang pulih kalau korang ada masa. Sunnah Nabi Muhammad,tidur sejam selepas korang makan tengahari,tidur dalam 15-30min. Rehat 1-2 hari dalam seminggu utk bagi masa otot korang betul2 pulih. Korang akan rasa badan korang sakit hari2 tapi itu biasa,nnt korang dah biasa malah suka sakit tu.HEHE

6. MINUM AIR - Ini sgt penting utk workout. Korang perlu minum byk air,terutama air masak,bukan air bergula dan gas. Korang akan rasa lain bila korang workout dan pulih bila korang minum byk air,tapi korang tak boleh minum air terlalu byk,sbb badan kita pon mmg dah byk air. Dan ya,korang akan pergi tandas selalu sbb mmg macam tu. Barulah sihat!

7. DIET - Pasal diet nanti mkcik terangkan sbb mkcik xpernah diet..hahahaha.

. RUTIN WORKOUT - Buat yg asas dahulu,jgn pandai2 nak buat sendiri rutin korang. Buat apa yg sudah terbukti keberkesannya. Apa-apa saja rutin yg korang buat,cuba guna 3 benda ni : SQUAT,BENCH,DEAD LIFTS. Benda ni akan mempecepatkan pertumbuhan sbb 3 benda ni klau korang buat,byk otot yg terlibat. Buat "ISOLATE MOVEMENT" (triceps extension,bicep curls,etc) di akhir workout korang atau pada hujung minggu. Buat yg susah dulu sbb korang ada tenaga pada awal workout.

KALAU KORANG BACA NI DAN KORANG FAHAM,INI SUDAH CUKUP BAGUS. MKCIK DOAKAN KORANG SEMUA BERJAYA.. GOOD LUCK! 

*ni mkcik belanja video mkcik yg tgh acah2 buat sit up.. hahaha


credit to : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=386040011440240&id=385378601506381

-lotsoflove-
    emma


No comments:

Post a Comment