Hai..hai..hai... ada yg rindu mkcik tak? Haha, ok i'm back!!
Harini mkcik nk share bab sukan jabatan yg mkcik baru jer join 2 minggu lepas. Ok mmg heaven gila.. kalah atau menang tu xjd isu yg penting semua enjoy!! Sumpah enjoy gila.. 💃🏻 Mungkin sbb kena dgn jiwa mkcik sama kot. 😜 Sukan jabatan mkcik ni diadakan setiap 2 tahun sekali and kali ni Kelantan menjadi tuan rumah. Ok, bila dpt tau terpilih je ke sukan mkcik dh rancang mcm² kat kepala otak ni sbb Kelantan kan syurga makanan. Hehe, terror x?. Mkcik bertolak ke Kelantan pada hari rabu pagi dan mkcik drive sendiri je tau ke Kelantan tapi konvoi sekali dgn kereta jabatan la.. Perjalanan dari Alor Setar, Kedah ambil masa lebih kurang 6 jam juga untuk sampai ke USM Kubang Kerian, Kelantan selepas stop di beberapa tempat utk minum2 dan betulkan urat saraf. 😂 Sukan ni diadakan selama 5D4N. Aktiviti waktu siang dan malam juga padat so mkcik xdapat laa nk merayau sgt disebabkan perlu bg moral support untuk team walaupun ada je sukan yang mkcik tak terlibat. Huhu.. Korang mesti tertanya kan sukan apa laa yg makcik join smpai ke Kelantan tu.. haha, jgn gelak tau sbb sukan mkcik ni byk sukan yg relax je siap bole selfie bagai sambil bersukan. Ni mkcik belanja gambar² masa mkcik bersukan baru ni.
Pembukaan Sukan Maqis 2018
Ni Bestfren mkcik tau kehulu hilir bersama
Team Dari Kedah dan Perlis. Utaqa Maqi
i) haa ni sukan paling relax tau.. sukan ni mkcik paling suka sbb mcm² gaya mkcik bole buat smbil tgh bersukan ni. ✌🏻 Ok sukan ni mkcik kutip pingat perak. So makna kata mkcik dapat no 2 laa dlm sukan ni. Hebat tak? Haha padahal nasib je tu 😜
Masa ni Mkcik tgh fokus tau
yeay!! mkcik menang wei
ii) carom 🙄 ni serius mkcik boring gila.. haha sbb ni first time mkcik join sukan ni. Sukan ni perlukan kesabaran yang tinggi.. ok mmg xsesuai dgn jiwa mkcik. Haha kalah awal tau mkcik sukan ni.. psttt.. sebenarnya masa dalam perlawanan ni mkcik main tipu sbb mkcik bg mata free smpai 4,5 kali dkt pihak lawan gara² mkcik malas nk main. Pengadil pun terkejut sbb sekejap sgt mkcik kalah 🤣 ok rasanya sukan ni last mkcik join sbb makan masa yg lama.. bak kata org kedah xleh main sbb cemuih!!
tekun mkcik nak habiskan games ni.. haha, bosan weii
sempat bergambar eh bab bergambar ni mmg mkcik xlupa
iii) sukan pingpong.. ni pun sukan yg first time mkcik join untuk penuhkan syarat. 😂 sukan ni mmg menarik kena dgn hati bak kata dorg ni kalau diasah lagi bakat inshaa allah boleh menang ni 🤣
kemain gaya mcm org pro x? haha tp ni candid tau bukan acah2
iv) larian 3km 🏃🏻♀️ Acara larian kalau zaman sekolah dulu ni mmg acara favourite mkcik ni tp mkcik dlu jarak dekat je mampu kalau jarak jauh mcm ni semput mkcik angkat bendera awal lg.. haha ok cerita bab larian utk 3km ni mkcik confius sbb hadiah untuk no 1,2,3,4 tp masa tu xde pula yg bgtau hadiah tu utk 1-4 dari depan je. Patut laa mkcik dgn kawan mkcik tgk org pakat lari kemain semagat tapi mkcik dgn kawan mkcik relax je berjalan sbb nk dapatkan no 1,2 dari belakang tu 🤦🏻♀️ Hampeh betul... next larian mkcik akan usaha lg ye.. 😬
v) bola jaring 😂 ni mmg lawak sbb gara² mkcik main ni laa mkcik dapat sakit sbb lutut luka. Mkcik jatuh masa berebut amik bola.. hahaha bole bayangkan tak acaner nangka busuk jatuh gedebuk? Haaa mcm tu laa rupa mkcik.. ishhh, malu weii.. ni baru betul kalau pepatah cakap malu boleh sakit pun boleh.. haaa dua² mkcik mendapat.. tapi kan.... utk sukan ni team mkcik dapat pingat emas tau. 😂 hebat kan team mkcik? Hahaha berbaloi mkcik jatuh
muka penat + happy dapat pingat
haaa masa ni tgh sakit lutut tau tp tetap happy
terjebak gaya pose mcm ni..haha
vi) sini² satu lg sukan mkcik join.. last sukan ni tau.. haha mkcik main futsal wei.. xpenah mkcik dok mnyepak bola tp mkcik kena main futsal.. dah laa mkcik plg tinggi dlm team tu dh mcm mayat bergerak plak rasa lari lintang pukang konon nk sepak bola tapi hampeh bola lari merata.. haha last bergelak je mkcik dlm tu..haha tp futsal team mkcik johan tau igt biasa2 ke? haha
ni haaa bukti wei, mkcik dapat 3 medal tau.. haha
ok, selesai sudah bab sukan ni.. sbnrnya masa majlis penutup ada makan2 tau.. kemain mkcik melaram malam tu nasib mkcik dpt cabutan bertuah xrugi pakai syantik2.. hahaha.. akhir kata dari mkcik semoga semua selamat kembali ke sarang dan selamat bekerja.. jumpa lagi di sukan Moa Inc 2019 nt.. inshaa allah
No comments:
Post a Comment