Thursday, 3 June 2021
SEANDAINYA SEMUDAH ITU
Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Penghulu Segala Hari..
Sempena bulan Syawal yang bakal berakhir ni rasanya belum terlambat untuk mkcik meluahkan, melahirkan dan memohon berjuta kemaafan dan keampunan di atas segala salah dan silap mkcik yang telah mkcik lakukan samada secara sengaja mahupun tanpa sengaja. Untuk mereka yang telah mkcik lukakan hati, yang sakitkan hati dan yang telah mengguriskan hati, percayalah mkcik benar - benar ingin memohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam.
Sejujurnya, mkcik tak tahu bagaimana untuk mkcik nak memulakan dan meluahkan. Mkcik cuba ambil pendekatan ni dengan membuat permohonan maaf secara terbuka. Mkcik sedar mkcik bukan sesiapa dan mkcik percaya setiap apa yang lahir dari hati jika kita ikhlas, Inshaa Allah akan dipermudahkan segala niat dan perbuatan kita. Mkcik cuba dan Mkcik usaha. Mkcik juga percaya tak semua perkataan 'MAAF" tu akan di terima dan mkcik sedar tak semudah tu akan dimaafkan. Mkcik, minta maaf.. 🥺
Seandainya mkcik di beri peluang, mkcik akan memohon seribu kemaafkan dan meminta untuk diberi kesempatan bagi memperbaiki keadaan untuk semua pihak. Besarlah harapan mkcik agar di beri peluang untuk dimaafkan. Mkcik yakin jika mkcik diberi peluang, mkcik akan menjadi kawan dan sahabat yang baik. Doakan Mkcik agar dapat peluang tu nanti untuk sama sama menjalani kehidupan yang lebih baik.Jika bukan untuk harini, mungkin ada untuk masa yang akan datang. Inshaa Allah..
Akhir kata dari mkcik semoga dengan apa yang terjadi ni akan membuka mata mkcik dan mungkin juga menjadi asbab kepada mkcik untuk lebih dekat kepada sang pencipta. Doakan agar Mkcik dapat menjalani kehidupan dengan indah dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT dan mendapat keredhaan daripada semua. Sekali lagi, dari lubuk hati Mkcik yang paling dalam dengan rasa rendah diri Mkcik ingin memohon kemaafan. Allahu Rabb, semoga dipermudahkan segala urusanku... Ameen...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. Stay Home & Stay Safe
Much Love
-mkcik-
Subscribe to:
Posts (Atom)