Friday, 31 July 2020

PERKAHWINAN DI THAILAND

Hello and hye semua.. sementara mkcik tengah set kan rambut ni so mkcik byk masa dan terfikir nk share tentang cara nk berkahwin di Thailand.

Isu ni agak panas dan menarik sebenarnya jd mkcik saja la nk share berdasarkan pengalaman yg mkcik ada.

Kahwin kat Thailand sebenarnya pilihan terakhir yang ada jika ada masalah - masalah yang tak dapat nak dielakkan terjadi antaranya poligami nak jadi isteri kedua tapi tak mendapat restu dari isteri pertama, wali tak setuju dan byk lagi. Tapi harini mkcik nk share untuk isu yang kahwin di Thailand ni gara - gara poligami isteri pertama tak setuju.

Nak kahwin ni kena ada kata sepakat dari kedua dua baik pengantin lelaki dan juga pengantin perempuan. Berbincang sebelum buat keputusan dan ofkos kena tahu kesan - kesan yang bakal ditempuhi.

Untuk permulaan carilah agen yang boleh dipercayai. Macam mana nak percaya pada agen? ok disini gunanya review. baca semua review yang ada dan berkomunikasi lah dgn agen yang bakal kita berurusan tu. harga setahu mkcik kalau dari Bukit Kayu Hitam - Thailand - Bukit Kayu Hitam RM1800 ni termasuk sekali dgn urusan di Konsulat. Pakej ni termasuk makan tengah hari dan bermalam di Hatyai (honeymoon) 😂 Lepas je shakehand, makan tengah hari,  terus ke konsulat then balik ke hotel. aktiviti bebas selepas tu. nak meronda sakan nak berkepit dalam hotel pun tak de hal.

Nak kahwin kena bergerak pagi pagi di Bukit Kayu Hitam.Agen akan tunggu di tempat yang akan dimaklumkan kemudian bersama sama beberapa pasangan akan naik kenderaan agen. Di Bukit Kayu Hitam akan melalui imigresen Malaysia dan juga Imigresen Thailand. Di Thailand ni nk cross border tu susah sikit sekarang kena beratur panjang dan agak detail. Tapi once dah lepas, agen akan terus bawa ke Majlis Agama yang berada sekali Masjid di Wilayah Songkhla iaitu antara 3 tempat yang dibenarkan untuk berkahwin. Sampai di Masjid tu nanti akan diminta sijil cerai (perempuan) bagi mereka yang dah pernah bercerai atau janda dan balu. Bagi anak dara mereka perlu mengangkat sumpah bagi menyatakan dorg betul² mmg tak pernah berkahwin. Semasa depan jurunikah dorg akan tanya beberapa soalan dan rukun nikah sebelum proses akad tu berlaku. Dekat situ dorg akan tnya jumlah hantaran dan juga cincin atau gelang untuk membatalkan air sembahyang. sama je kan dengan prosedur kita di Malaysia. Bila dah selesai akad dan bergambar (jangan terkjut RM1800 tu included dgn juru gambar tau) tapi gambar yang diberikan adalah gambar dan video semasa akad. Kemudian dah selesai part di Masjid kemudian akan ke konsulat. Berurusan di konsulat ni penting sebab nanti balik Malaysia nak declare kena ada dokumen dari Konsulat. Selesai bab konsulat jika ada yang nk terus balik selepas makan tengah hari pun xde masalah nanti agen akan hantar ke Bukit Kayu Hitam semula.

oklah mkcik dah settle set rambut, nanti ada masa mkcik share lg part part lelaki yang dah berkahwin dua.. apa dan bagaimana perangai dorg selepas beristeri dua.. hehe sanggup ke? berani ke? atau pengecut.. tunggu eh..