Psssttt... nak tau tak? mkcik dah pandai edit gambar laa bukan takat edit gambar je siap pakej dengan video sekali tau.. Meh mkcik belanja tutorial dekat korang. nanti pakat2 try ye..hehe
1) Mkcik guna Photo Lab tu
2) pilih nak edit jenis mana and pilih
gambar korang yang nak di edit
3) taraaa bila dah diedit jadi mcm ni
jangan lupa klik save dekat
bahagian atas kanan tu
4) dah save yang tadi pilih viva video
untuk hasilkan video
5) nak pilih slideshow tak pe nak
pilih video pun boleh, macam
mkcik pilih slideshow nanti
kita tengok hasilnya
6) pilih gambar yang nak dimasukkan
ke dalam video
7) pilih theme then play kalau dah
ok and puas hati boleh terus share
Jeng Jeng Jeng... ni haaa hasil video yang dah di edit... cantik kan? senang je jangan lupa try ok? good luck
haiii... korang.. disebabkan mkcik harini jiwa kacau, mkcik nak share dengan korang antara lagu kesukaan mkcik.. taktau kenapa masa 1st time mkcik dengar laguni mkcik terus tersuka. mungkin masa tu hati mkcik tak keruan agaknya.. ada byk lagi sebenarnya lagu yg mkcik suka tunggu nanti kalau mkcik free mkcik share lagi yer.. untuk harini moh la kita layan lagu ni dulu.. bukan senang nak jiwang kan? hehe
Mengapa waktu Tak pernah berpihak kepadaku Apakah aku terlalu Terlalu banyak berkelana
Mengapa kita Masih saja tak pernah bersatu Selalu saja bertemu bertemu saat Kau milik yang lain Mungkin kau bukanlah jodohku Bukan takdirku Terus terang
Aku merindukanmu Setengah mati merindu Merindu Tiada henti merindukanmu Masih hatiku untukmu Aku tetap menunggumu
Mengapa waktu Tak pernah berpihak kepadaku Apakah aku terlalu Terlalu banyak berkelana
Mungkin kau bukanlah jodohku Atau bahkan bukan takdirku Terus terang
Aku merindukanmu Setengah mati merindu Tiada henti merindukanmu Masih hatiku untukmu
Aku merindukanmu Masih hatiku untukmu Aku tetap menunggumu
Hai, korang... meh sini baca ni.. info free ni taw..hehe..ok,mkcik tulis untuk budak2 yang baru nak buat langkah pertama untuk memperbaiki diri dorang. Mkcik akan sehabis jujur dan takkan tipu,benda ni bukan mcm kita pegi jalan2 kat taman,bukan macam korang pegi beli lampu pastu balik pasang kat rumah,bukan. Korang kena bkerja keras dan berkorban untuk apa yang korang nak,iaitu WORKOUT. Disini mkcik tak dapat apa2 pon dengan menaip panjang lebar macam ni,tp mkcik nak share dengan korang yang ada keinginan dan kemahuan,TETAPI tak tahu dimana nak bermula. Lebih banyak masa dan duit korang spend kat benda ni,lebih cepat hasilnya. Ya,korang perlukan duit,untuk MAKANAN,KEAHLIAN GYM dan SUPPLEMENT. Its expensive,life is expensive. Kalau korang nak kereta yang cantik dan bagus korang mesti kena kluarkan duit lebih sikit kan? Cuba fikir keta apa korang akan dapat dengan RM1500 vs RM15000 vs RM150000? FAHAM?
Hai..hai..hai... ada yg rindu mkcik tak? Haha, ok i'm back!!
Harini mkcik nk share bab sukan jabatan yg mkcik baru jer join 2 minggu lepas. Ok mmg heaven gila.. kalah atau menang tu xjd isu yg penting semua enjoy!! Sumpah enjoy gila.. ππ» Mungkin sbb kena dgn jiwa mkcik sama kot. π Sukan jabatan mkcik ni diadakan setiap 2 tahun sekali and kali ni Kelantan menjadi tuan rumah. Ok, bila dpt tau terpilih je ke sukan mkcik dh rancang mcm² kat kepala otak ni sbb Kelantan kan syurga makanan. Hehe, terror x?. Mkcik bertolak ke Kelantan pada hari rabu pagi dan mkcik drive sendiri je tau ke Kelantan tapi konvoi sekali dgn kereta jabatan la.. Perjalanan dari Alor Setar, Kedah ambil masa lebih kurang 6 jam juga untuk sampai ke USM Kubang Kerian, Kelantan selepas stop di beberapa tempat utk minum2 dan betulkan urat saraf. π Sukan ni diadakan selama 5D4N. Aktiviti waktu siang dan malam juga padat so mkcik xdapat laa nk merayau sgt disebabkan perlu bg moral support untuk team walaupun ada je sukan yang mkcik tak terlibat. Huhu.. Korang mesti tertanya kan sukan apa laa yg makcik join smpai ke Kelantan tu.. haha, jgn gelak tau sbb sukan mkcik ni byk sukan yg relax je siap bole selfie bagai sambil bersukan. Ni mkcik belanja gambar² masa mkcik bersukan baru ni.
πAlhamdulillah, harini mkcik nk share rasa bahagia dan keterujaan mkcik dgn korang semua.. haaa ni mst nk kata mkcik ni pulun kan? haha ni bukan pulun tau, ni adalah impian mkcik dr dulu lg tp bukan dr sekolah rendah sbb impian sekolah rendah mkcik cuma maaaaaaain je...xde pikir apa.. impian sekolah menengah pulak mkcik nk ada byk boyfriend.. buat koleksi.. kahkahkah... impian yg xmasuk akal lgsg kan? time sekolah mkcik mmg byk main.. gila wei kalau bole hari2 mkcik nk mngelat xnak masuk kelas..skg ni insaf tau mkcik.. ishh klau laa dari dlu mkcik pulun kan sahih dh lama mkcik grad.. tuuuu bila sekali mkcik berangan, kemain tinggi melangit kan? hahaha ok, impian ni hanya muncul slpas mak mkcik selalu bising paksa mkcik suruh sambung belajar yg mana hakikat nya mkcik mmg malas nk pikir bab study. mkcik xsuka buat assigment, xsuka kena hafal formula bagai, xsuka nak jawab exam.. haha tp mkcik paling suka pergi kelas.. kalau bole mmg xnak miss lgsg bab kelas tu.. sbb semua classmate mkcik awsome sgt tau.. xpernah lg jumpa class yg sekepala mcm ni..
Semua ni bermula pada bulan oktober 2017 yang mana bulan ni bulan besday mkcik tau so nmpk x, bulan ni mmg bulan bertuah utk mkcik sbb mkcik diterima utk sambung Degree untuk subjek Bachelor of Public Management atau BPM Hons. Di sebabkan mkcik dh bekerja jd mkcik mohon belajar secara PJJ. Sesuai laa dengan jiwa mkcik yg bukan ulat buku sgt ni.. bukan kaki study tp demi mencapai cita2 dan amanat mkcik turutkan saja..acewah!! Actually, sblum ni mkcik pernah mohon utk sambung belajar secara PJJ juga tapi di USM and masa tu kemain semangat mkcik beli la no pin UPU di BSN, pulun isi borang tapi last2 mkcik xhantar pun.. hahaha.. mkcik mmg selalu buat apa pun mst hangat2 taik ayam. π kali ni mkcik nekad selepas mkcik di brain wash so mkcik amik keputusan utk sambung je laaa study di UUM tu pun mkcik bercita2 nk lompat jabatan lepas grad nt..hehe tu cita2 utama mkcik. Korang jgn lupa doakan mkcik berjaya habiskan degree mkcik ni ye.. semoga mkcik boleh tepis segala kemalasan yg ada pd diri mkcik ni π¬
Halloooo, ok sorry seperti yg di janjikan mkcik nk review atau share dgn korang sikit bab homestay yang cun melecun di CH ni.. Casa DCameron Highlands Homestay.. First time tgk terus jatuh cinta taw.. jatuh cinta pandang pertama... pandai owner dia deco rumah tu simple but nice sgt... ishhh.. xleh move on lg ni taw di saat mkcik taip ni pun otak dok terbayang rumah yg begitu mempersonakan... semua guna barang ikea dan kaison jer.. gila wei, sumpah elok... bersih puas hati.. minimalis perabot tp nmpk exclusive sgt taw.. lepas ni kalau mkcik dapat pergi CH lg mkcik comfirm xcari lain dh tau.. Mkcik kan setia org nya.. haha, homestay ni mmg mkcik bg 5 bintang.. Homestay ni terletak dalam kawasan Tanah Rata, ada security guard lagi so xpayah risau bab kecurian ke apa.. tempat parking kereta pun byk pilih je yang mana korang suka.. haha jgn sebijik kereta tp parking smpai 3 lot sudah laa.. tu mmg nak kena hempok.. ok, meh kita layan gambar homestay yg segak namati ni..
Ruang Tamu
Ruang Melepak
Ruang Makan atau Ruang Membawang pun boleh
Ruang Memasak, kami masak meggi weiii mlm2 buta
gara2 bilik ni laaaa yg buat mkcik terlajak tdo
helok sgt kan? 4 kali tau mkcik ulang alik pilih bilik xtau nk tdo bilik mana satu..haha
haaaa, betul x mkcik cakap? bersih n cun gilaaa kan? puas hati wei.. owner homestay ni muslim tau.. so korang yg mana nak ke CH tp xtau nk stay mana boleh la contact owner ni tau 019-7135005 harga pun reasonable.. siap ada extra mattress lg.. mmg comfirm repeat laaa.. cuma ni pesanan dr mkcik kalau nk pergi time peak season jgn lupa booking awal tau kalau tak, hurm... mmg melepas laa korang.. hehe -lot's a love- emma
Al kisah nya family mkcik ni kaki travel, kaki makan ( usha badan la ). Meh mkcik nk share skit trip terbaru family mkcik.. percutian tanpa dirancang sbb slalu kalau rancang xmenjadi kan? So km main terjah je.. hehe, trip km kali ni ke Cameron Highlands. Berangan nk ke tempat sejuk acah² jd minah salleh tp xmampu π Haha.. ok trip kali ni best sbb cuaca mmg sejuk gilaa 17'c smpai terpaksa g shopping stokin π€ lg satu sbb trip km ni bukan time peak season so jalan pun xde laa jammed sgt harga pun ok² saja. ππ» Trip kali ni km sempat ke Abang Strawberry π makan nasi lemak yg viral tu.. ok mmg tiptop mmg terbaek marvellous ππ» Nanti kalau ada trip ke CH mkcik mmg akan ke sini lg sbb mkcik rindu sambal strawberry dia fuhhh!! Serius terangkat.. japg mkcik belanja gambar. Mkcik siap beli sambal bawa balik lg tau haaa nampak tak betapa sedap nya sambal tu. haha mohon owner abg strawberry tu kalau baca blog mkcik ni pos sambal dkt mkcik 1.. sbb mkcik dh review free ni taw π€£. Ok, selain abang strawberry ni mkcik pergi ke Sg Palas Boh Plantation jugak.. view dia perghh!! Patut laaa slalu masuk tv mmg cantik pun in real.. terasa nk berguling² plak celah pokok tea tu smbil nyanyi lagu hindustan.. ahaks!! Dlm cuaca yg sejuk tu pekena tea original dr CH mmg tangkap lentok.. sedap wey.. xtau knape kalau kat umah seniri xsesedap mcm tu agaknya mkcik kena bermaustatin dkt CH ni kot..hahaha tempat wajib lg kalau ke CH of kos laa Avant Chocolate.. weyyyy eskrem dia elok kot.. haha nak makan sayang tau mkcik beriya amik gambar sampai nk cair eskrem tu.. haha eskrem dia ada mcm² perisa harga pun bole tahan juga laa.. paling murah rm6.90 tp serius sedap.. xrugi beli wpun mkcik pilih yang rm10.90.. Ok, satu lg tempat wajib singgah strawberry farm.. kat situ bole makan strawberry celup coklat, Pan cakes strawberry dan segala mcm laa yg dibuat guna strawberry.. sebelum balik jangan lupa Kea Farm tempat wajib untuk beli sayur fresh yg mmg xkan dapat kat tempat lain.. hehe pilih sambil makan pun boleh tapi jgn lupa bayar yg masuk dlm mulut tu skali yer..hehe, ok last but not least tempat baru yg mkcik dapat tau ialah ladang anggur.. wehhh!!! gila arr bila masuk dkt ladang anggur dia.. atas kepala penuh anggur, kalau mamat bangla situ xde mmg mkcik buka mulut terus ngap je anggur tu.. nasib laaaa mamat bangla tu ikut je buntut mkcik kehulu hilir.. aishh!! mmg kacau daun betul.. hehe ok mkcik share skit itenary 2D1N kat CH ni. Nanti kalau mkcik ada masa free mkcik share Homestay yg cun di CH.. tunggguuu...
Our itenary :
Day 1 :
- Our journey start from Simpang Pulai so we make a plan to visit Lavender Garden and had an Lavender icecream as proposed most of the bloggers .Wajib ok!!
>>> House of Lavender ( Avant Chocolate & Ice Cream ) Entrance fee : free Ice Cream : RM10.90
- Here also tempat wajib to visit Strawberry Farm. Setiap kali ke CH xpernah miss pun this place ok?
- visit Sg Palas Boh plantation . A must visit in Cameron Highlands. The highlight : green hilly view , nice tea & cake at the cafe , the tea factory & history.
>>> Sungai Palas Boh tea plantation Entrance fee : free
Subahanallah, cantik kan view ni? tenang je rasa
sambil tengok view yang indah tu kita minum dulu..
- Sebelum balik singah di Kea Farm. macam-macam ada dkt sini. Sayur fresh, bunga buah semua pun ada.. gilaa mcm nak angkut semua bawa balik. haha
yang ni 16 bungkus RM10 je.. gilaa laaa murah sungguh
hehe, masa ni tak sabar nak serbu beli sayur..
-The last our journey is Ladang Anggur. Ladang anggur ni dekat je sebelum simpang untuk naik ke CH dan ke Gua Musang. 300m dari jalan utama. >>> Ladang Anggur Entrance fee : free Grapes : Rm30/kg
Ladang Anggur
haaa, nampak tak anggur penuh atas kepala
Selesai borong anggur kami pun bertolak balik ke Kedah..otw balik sempat singgah dekat Sg. Perak tau dorang ni semua gara-gara nak melantak durian.. ishh!! mkcik usha je dari kereta sbb takut busuk.. hahaha
Haaa nindia family besar mkcik.. besar kan? Mcm² rupa ada.. haha ada rupa peha ular sawa, peha ular burung, peha ular lidi dan yg plg besar tu ofkos laaa mak segala ular.. hahahaha tapi mak ular ni plg sporting tau di abad ni.. susah ooo nk jumpa mcm ni.. xde jual kat kedai sparepart.. π€£ untuk sesape yg nak berkenalan dgn mak, mkcik mohon beratur isi borang sbb mak mkcik ni byk peminat tau kalah semua anak² dia.. haha skali dia sapu meleleh air liur km semua.. haha.. oh! ya, mkcik ada 5 je adik bradek.. 4 org perempuan sorg je lelaki.. haaa satu² nya adik lelaki mkcik yg xpernah jumpa arwah abah. π arwah abah meninggal masa mak mkcik tgh pregnant adik yg lelaki ni dlm 8 bulan. So sejak dr tu adik mkcik ni di tatang smpai naik lemak. π fyi, mkcik anak no 2 selalu org cakap anak no 2 ni baik tau.. haha baik sgt.. dh laa baik setia plak tu..acewahhh masuk bakul angkat sndiri..π€ xcaya try laa test tgk mkcik nk layan ke x π.. haaa nmpk x kata mkcik ni setia tau.. so jgn ada yg cuba² nk masuk line.. kena hempuk kang xpasal check in hotel 5 bintang π¬. hahaha ok ni semua gambar2 family besar mkcik.. sila jamu mata mkcik belanja harini... cewahhh!! -lot's a love- emma
Firstly thanks sgt sbb sudi follow blog yg xseberapa ni.. almaklum laa dh berumur mcm ni kena paksa buat blog.. π€ baru laa terhegeh cari merata sumber pasal blog ni..hahaha, ok btw mkcik nk kenalkan serba sikit tentang mkcik.. acewah!! dh mcm retis pulak rasa.. π hahaha.. nama penuh mkcik simple je nama mcm org zaman dlu2 skg ni dh xde nama mcm mkcik.. rare sgt kan? skg ni nama kalau tak 3 patah perkataan xsah..smpai pening org pendaftaran tu..haha.. ok nama mkcik ni kalau org dengar ayu sgt tau tp skali tgk muka haprak..hahaha Naemah binti Mansor haaaa sedap tak nama mkcik? nama mkcik ni arwah maktok mkcik yg letak tau, disebabkan dia dok Kelantan masa tu Kelantan Darul Naim kan? so nama mkcik diletaknya Naim dan mana datangnya nama Mah tu? jgn kata dari Rosmah pulak..masa tu Rosmah pun xfemes lg..hahaha ok Mah tu datang dari nama arwah maktok mkcik, nama dia Salmah so beriya nak bgtau mkcik ni cucu dia so nama mkcik pun ada la Mah kat belakang tu..hahaha yg paling pelik dalam family mkcik ni sorg je nama simple, xde Nur bagai.. kakak n adik mkcik kalau berperang dgn mkcik je mst kata mkcik anak pungut sbb nama mkcik beza dgn nama dorg. huh!! π€ selain sbb nama mkcik yg berbeza dgn dorg, ketinggian mkcik juga jadi isu utama. Dalam family mkcik, mkcik la yang paling tinggi.. Baru 168cm kalau ikut hati mkcik nak lagi tinggi tau 172cm.. haaa baru mcm galah panjang.. tapi mkcik sedar mkcik dh xboleh nk tinggi.. hahaha makan laa kacang panjang seguni skali pun blum tentu mkcik boleh tinggi.. hahaha, slalu mkcik berangan mkcik tinggi lalu sblah adik dan kakak mkcik smbil ketuk kpala dorg..agaknya sbb tu kot mkcik dh xboleh tinggi sbb nawaitu mkcik xbaik..hahaha.. paling xleh blah mkcik suka jalan acah2 mkcik dkt red carpet..hahaha saje panaskan hati dorg.. oklaaa, nt ada masa mkcik up lg ye pasal adik bradik mkcik yg sengal ubi ni.. stay tune!! π