Friday 10 December 2021

Happy Anniversay

Today is the day | December, 11 | Happy Anniversay Mi amor ❤️ i love you, abg

Thursday 14 October 2021

LIBRA

Hello Oktober ♥️ Happy Birthday Tok Laki 🥰 Mkcik dgn Pkcik geng Libra beza km cuma 6 hari ja. Ada yang sama mkcik dan pkcik dak? Bulan Oktober atau zodiak Libra? Meh sini sep sikit 🙌
I LOVE U so much Abang, Sayang,sayang Abang. #ilynwa♥️ Much Love, -sayang-

Thursday 3 June 2021

SEANDAINYA SEMUDAH ITU

Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Penghulu Segala Hari.. Sempena bulan Syawal yang bakal berakhir ni rasanya belum terlambat untuk mkcik meluahkan, melahirkan dan memohon berjuta kemaafan dan keampunan di atas segala salah dan silap mkcik yang telah mkcik lakukan samada secara sengaja mahupun tanpa sengaja. Untuk mereka yang telah mkcik lukakan hati, yang sakitkan hati dan yang telah mengguriskan hati, percayalah mkcik benar - benar ingin memohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam. Sejujurnya, mkcik tak tahu bagaimana untuk mkcik nak memulakan dan meluahkan. Mkcik cuba ambil pendekatan ni dengan membuat permohonan maaf secara terbuka. Mkcik sedar mkcik bukan sesiapa dan mkcik percaya setiap apa yang lahir dari hati jika kita ikhlas, Inshaa Allah akan dipermudahkan segala niat dan perbuatan kita. Mkcik cuba dan Mkcik usaha. Mkcik juga percaya tak semua perkataan 'MAAF" tu akan di terima dan mkcik sedar tak semudah tu akan dimaafkan. Mkcik, minta maaf.. 🥺 Seandainya mkcik di beri peluang, mkcik akan memohon seribu kemaafkan dan meminta untuk diberi kesempatan bagi memperbaiki keadaan untuk semua pihak. Besarlah harapan mkcik agar di beri peluang untuk dimaafkan. Mkcik yakin jika mkcik diberi peluang, mkcik akan menjadi kawan dan sahabat yang baik. Doakan Mkcik agar dapat peluang tu nanti untuk sama sama menjalani kehidupan yang lebih baik.Jika bukan untuk harini, mungkin ada untuk masa yang akan datang. Inshaa Allah.. Akhir kata dari mkcik semoga dengan apa yang terjadi ni akan membuka mata mkcik dan mungkin juga menjadi asbab kepada mkcik untuk lebih dekat kepada sang pencipta. Doakan agar Mkcik dapat menjalani kehidupan dengan indah dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT dan mendapat keredhaan daripada semua. Sekali lagi, dari lubuk hati Mkcik yang paling dalam dengan rasa rendah diri Mkcik ingin memohon kemaafan. Allahu Rabb, semoga dipermudahkan segala urusanku... Ameen... Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. Stay Home & Stay Safe Much Love -mkcik-

Saturday 23 January 2021

ATTENTION SEEKER 🥴

hi, rasa tak terlambat untuk mkcik nk ucapkan selamat tahun baru 2021 untuk semua semoga tahun 2021 ni Allah SWT iringkan sejuta kebahagian dalam setiap langkah kita, kuatkan keimanan dan sentiasa istiqomah buat kita semua. 

Pernah dengar tak apa itu ATTENTION SEEKER? 🥴 sebenarnya ada banyak yang mkcik nk olah bab ni tapi biar lah mkcik kumpul banyak2 idea dlu supaya sedap nk menaip. 

Untuk mereka yang suka sangat ATTENTION SEEKER tu satu je mkcik nk pesan jangan main kotor 😎

Oh yaa, jangan lupa semua jaga diri, musim covid ni kena selalu standby hand sanitizer dan face mask jangan lupa pakai ya? 

#staysafe #kitajagakita #mkciksygsemua 

Sunday 9 August 2020

Mkcik OOTD

Morning, maaf mkcik curi curi masa sikit pagi ni sambil - sambil buat kerja 😅 perasan tak, lama dah kan mkcik tak hupdate gambar mkcikpkcik dan family. 

Disebabkan dah lama tak hupdate demi menjaga hati 🙄 maka harini mkcik pikir tak guna pun nk jaga hati sapa sapa sebab ni blog mkcik tak suka jangan la baca kan? ada mkcik kisah ke? 💁

Harini mkcik nk share OOTD mkcik masa hari raya PKPP. Ada byk pic nanti mkcik share ye.. harini mkcik up dlu sekeping dua. pic anak anak mkcik pun hado.. kalau nk tgk tggu deh 😘




Friday 31 July 2020

PERKAHWINAN DI THAILAND

Hello and hye semua.. sementara mkcik tengah set kan rambut ni so mkcik byk masa dan terfikir nk share tentang cara nk berkahwin di Thailand.

Isu ni agak panas dan menarik sebenarnya jd mkcik saja la nk share berdasarkan pengalaman yg mkcik ada.

Kahwin kat Thailand sebenarnya pilihan terakhir yang ada jika ada masalah - masalah yang tak dapat nak dielakkan terjadi antaranya poligami nak jadi isteri kedua tapi tak mendapat restu dari isteri pertama, wali tak setuju dan byk lagi. Tapi harini mkcik nk share untuk isu yang kahwin di Thailand ni gara - gara poligami isteri pertama tak setuju.

Nak kahwin ni kena ada kata sepakat dari kedua dua baik pengantin lelaki dan juga pengantin perempuan. Berbincang sebelum buat keputusan dan ofkos kena tahu kesan - kesan yang bakal ditempuhi.

Untuk permulaan carilah agen yang boleh dipercayai. Macam mana nak percaya pada agen? ok disini gunanya review. baca semua review yang ada dan berkomunikasi lah dgn agen yang bakal kita berurusan tu. harga setahu mkcik kalau dari Bukit Kayu Hitam - Thailand - Bukit Kayu Hitam RM1800 ni termasuk sekali dgn urusan di Konsulat. Pakej ni termasuk makan tengah hari dan bermalam di Hatyai (honeymoon) 😂 Lepas je shakehand, makan tengah hari,  terus ke konsulat then balik ke hotel. aktiviti bebas selepas tu. nak meronda sakan nak berkepit dalam hotel pun tak de hal.

Nak kahwin kena bergerak pagi pagi di Bukit Kayu Hitam.Agen akan tunggu di tempat yang akan dimaklumkan kemudian bersama sama beberapa pasangan akan naik kenderaan agen. Di Bukit Kayu Hitam akan melalui imigresen Malaysia dan juga Imigresen Thailand. Di Thailand ni nk cross border tu susah sikit sekarang kena beratur panjang dan agak detail. Tapi once dah lepas, agen akan terus bawa ke Majlis Agama yang berada sekali Masjid di Wilayah Songkhla iaitu antara 3 tempat yang dibenarkan untuk berkahwin. Sampai di Masjid tu nanti akan diminta sijil cerai (perempuan) bagi mereka yang dah pernah bercerai atau janda dan balu. Bagi anak dara mereka perlu mengangkat sumpah bagi menyatakan dorg betul² mmg tak pernah berkahwin. Semasa depan jurunikah dorg akan tanya beberapa soalan dan rukun nikah sebelum proses akad tu berlaku. Dekat situ dorg akan tnya jumlah hantaran dan juga cincin atau gelang untuk membatalkan air sembahyang. sama je kan dengan prosedur kita di Malaysia. Bila dah selesai akad dan bergambar (jangan terkjut RM1800 tu included dgn juru gambar tau) tapi gambar yang diberikan adalah gambar dan video semasa akad. Kemudian dah selesai part di Masjid kemudian akan ke konsulat. Berurusan di konsulat ni penting sebab nanti balik Malaysia nak declare kena ada dokumen dari Konsulat. Selesai bab konsulat jika ada yang nk terus balik selepas makan tengah hari pun xde masalah nanti agen akan hantar ke Bukit Kayu Hitam semula.

oklah mkcik dah settle set rambut, nanti ada masa mkcik share lg part part lelaki yang dah berkahwin dua.. apa dan bagaimana perangai dorg selepas beristeri dua.. hehe sanggup ke? berani ke? atau pengecut.. tunggu eh..



Monday 9 September 2019

S P O I L

Morning Semua, morning yang dh tak berapa nak morning sgt laa 🤭

Menyorok apa la ampa semua harini eh? Jangan ingat mkcik suruh ampa main aci sembunyi plk. Menyorok dalam bahasa kedah tu maksud makan apa dh pagi ni? Hehe kang tak pasal dok pelik apa la mkcik ni pepagi tanya bab menyorok dh 😅.. Walaupun mkcik orang kedah tapi kedah mkcik tadak laa piaw Sgt.. Myb sebab dulu family mkcik ni rajin berpindah randah kot anak polis lebih sinonim dgn masyarakat nomad 🤣..

S P O I L

MOOD 👎 Bercerita bab Spoil ni 🤔 mkcik pepagi lg harini dh mood ke laut.. ingat pepagi bangun tdo dapat laa morning kisses ke apa 😊 tak pun breakfast sampai depan mata ke?  Ehh pengaruh drama pukul 7 byk Sgt ke ni? 🤣🤣 Berangan lebih plk.. Ok sambung balik bab spoil mood ni.. Sebab apa? Byk sebab mood jd xbest.. Antaranya? Hurm sbb pk bab kereta mkcik, pk bab ke depan ke depan, pk bab masa depan, pk bab hati dan perasaan pk bab keje.. Aishh byk kan benda mkcik kena pk.. Serabut dan stress berpisah tiada 😪.. Ikutkan ni blog mkcik kan so sukati mkcik la kan nk hapdate apa tp mkcik kena pk 44 kali sebelum nk post apa apa sbb byk mata mata memandang dan disebabkan ex mkcik masih lg tak berputus asa mengejar cinta dari mkcik.. Acewah gitu.. 🤮 Ehh, Mkcik sambung nanti nak mandi dulu walaupun tgh sejuk gedi ni tarik selimut lg Best tp mkcik bertekad nak bangun mandi Jugak.. Byeeee